Ahad, 7 September 2008

Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit (Hulu Nerus)


SEJARAH SEKOLAH

SK Kampung Bukit (HN) telah mula dibuka pada tahun 1954 dan dikenali sebagai sekolah rakyat dengan kumpulan murid pertama seramai 10 orang yang belajar di sebuah bangsal yang dibina oleh penduduk kampung. Guru pertama ialah Encik Nik bin Ali dari Kampung Telok Pasu, Kuala Terengganu yang berkelulusan darjah lima.

Pada tahun 1960 bangunan baru telah dibina sebagai ganti bangsal tersebut dengan kehadiran lebih ramai pelajar yang menjadikan kelas dibuka kepada 2 kelas dan guru ditambah kepada 3 orang guru. Bilangan murid meningkat pada tahun 1979 kepada 50 orang murid. Bangunan kedua yang terdiri daripada 3 bilik darjah dan satu bilik guru telah dibina pada tahun 1980. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada tahun 1985 bilangan murid meningkat kepada 80 orang dan pada tahun 1986 bangunan ketiga yang mempunyai 3 bilik darjah telah didirikan.

SK Kampung Bukit (HN) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada tahun 1986. Keadaan ini membawa kepada sejarah murid paling ramai belajar di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 95 orang iaitu pada tahun 1994. Ini memperlihatkan purata kemasukan murid adalah sekitar 10 orang setiap tahun.

1 ulasan:

Rosazali Irwan Bin Muhamad Ros berkata...

Assalamualaikum...

saya ni Cikgu Rosazali.
saya akan terus melihat blog ini...
diharapkn pihak sekolah tidak akan mensia-siakan blog yang dah tersedia ada ini.

teruskan untuk menulis 'post' di dalam blog ini...

wassalam...